Back to top

Parti Utama Rakyat

Menawarkan Konsep Politik Matang Dan Mementingkan Rakyat Malaysia

Didaftarkan pada 28 Mei 2019 dan berikut adalah tujuan penubuhan PUR.

  1. Keinginan membantu rakyat Malaysia.
  2. Pasca GE14 menunjukkan rakyat Malaysia tidak begitu gembira dengan keadaan Negara (ekonomi, social, pendidikan ,dll).
  3. Rakyat dipinggirkan dan parti-parti sibuk bertelagah antara satu sama lain.
  4. Keadaan tidak pernah berubah dan rakyat yang tersepit di tengah.
  5. Tiba masa satu alternatif di tawarkan kepada rakyat Malaysia memilih parti yang mementing kan rakyat.
  6. Bukan ingin bersaing dengan parti lain tetapi kami ingin membantu rakyat Malaysia dan juga bekerjasama dengan semua parti lain dalam membangunkan Malaysia.
  7. Sudah tiba masa kita berhenti bertelagah sebaliknya bekerjasama antara satu sama lain.
  8. Sudah tiba parti politik berhenti menggunakan agama dan kaum bagi meraih popularity dan sokongan.

Menawarkan Konsep Politik Matang Dan Mementingkan Rakyat Malaysia

  1. Bukan perjuangan individu tetapi perjuangan setiap orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain kaum dan semua rakyat Malaysia.
  2. Sesuatu keputusan harus mengambil kira suara dan pandangan rakyat terlebih dahulu.
  3. Melibatkan generasi muda dalam membuat sesuatu keputusan dan mengambil kira pandangan generasi terdahulu dalam hal ehwal negara.

Isu Semasa

  1. Peralihan kuasa Perdana Menteri menjadi isu utama parti politik sekarang sedangkan tumpuan kepada kebajikan rakyat dilupakan.
  2. Keputusan pilihanraya Tanjung Pian menunjukkan tanda protes rakyat kepada PH dengan mengundi BN tetapi hakikatnya keadaan tidak akan berubah kerana parti politik sekarang masih meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan rakyat.
  3. Asik-asik minta bubar Parlimen … tidak matang … sepatutnya bersama membangunkan negara Malaysia.

Visi Dan Matlamat Ke Hadapan

  1. Menyelesaikan masalah utama yang melanda rakyat Malaysia seperti kemiskinan, kekurangan peluang pekerjaan, penambahan punca pendapatan, kesesakan laluan lintas, pengangkutan awam, pencemaran alam dan hubungan social antara kaum.
  2. Mewujudkan satu kerajaan yang bekerja untuk rakyat di bawah prinsip ketulusan, keikhlasan, bertanggungjawab dan berdaya saing dari semua aspek.
  3. Menjadikan Malaysia berstatus negara maju dan mementingkan kebajikan rakyat.

Hubungi Kami

Sertai kami untuk memberi perubahan yang baharu kepada Negara kita.